Showing posts with label Laut. Show all posts
Showing posts with label Laut. Show all posts

Friday, September 28, 2012

TAHAP KEASIDAN LAUT MENINGKAT AKIBAT PEMANASAN GLOBAL TELAH JEJASKAN HIDUPAN LAUT


Selama beberapa puluh juta tahun, laut telah mengekalkan tahap asiditi yang stabil. Dalam kestabilan ekosistem laut inilah yang membolehkan kepelbagaian hidupan yang terdapat dalam laut yang luas. Namun, kajian telah menunjukkan kestabilan sejak dulu ini telah terjejas disebabkan oleh penurunan mendadak dalam pH permukaan air laut yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada laut seluruh dunia.

Sejak permulaan revolusi perindustrian pada awal 1800-an, mesin-mesin yang bergantung kepada bahan api fosil telah dicipta dan membolehkan sektor industri bertambah pesat dan maju. Walau bagaimanapun, kesan daripada pembangunan ini telah menyebabkan pembebasan gas karbon dioksida dan gas rumah hijau yang lain yang tidak dapat dianggarkan ke dalam atmosfera bumi.

KESAN PEMANASAN GLOBAL KEPADA BATU KARANG.


Jabatan Meteorologi Malaysia telah memberi amaran bahawa musim kemarau akibat daripada fenomena El Nino yang menyebabkan penurunan kadar hujan.

Sekarang, kesan El Nino dapat dirasai oleh batu karang di seluruh Malaysia di mana beberapa tempat telah mengalami pemutihan batu karang.
Batu karang merupakan sumber semula-jadi yang berharga dan penting. Selain daripada membekalkan tempat perlindungan untuk ikan, batu karang juga menarik jutaan pelawat ke Malaysia setiap tahun dan memberi ribuan peluang pekerjaan kepada industri perlancongan. Batu karang di Malaysia dijangka menjana pasaran sebanyak RM2bil setahun melalui keuntungan daripada industri perlancong, perikanan dan juga perlindungan persisiran pantai.